SEKOLAH MENENGAH KEBANSAAN
ORANG KAYA HAJI
27200 KUALA LIPIS PAHANG
DARUL MAKMUR
Assalamualaikum.
Pada 15 Januari 2013 telah berlangsungnya perhimpunan
khas sempena kehadiran pengetua baru di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Haji iaitu
Tn.
Hj. Syed Mohamad Bin Syed Agil adalah nama
yang tidak asing lagi di mana-mana sekolah khususnya di daerah Lipis kerana
beliau dikenali sebagai seorang yang sangat peramah dan mengambil berat akan
kebajikan para pelajar, guru dan staf sokongan di bawah jagaan.Kehadiran beliau juga disambut dengan meriah sekali.
Lebih selesa dengan panggilan Ayahanda oleh
para pelajar, Tn.
Hj. Syed Mohamad telah
menyampaikan amanat awal beliau kepada para pelajar termasuklah untuk menjadikan
sekolah sebagai tempat yang seronok untuk datang, dasar sekolah terbuka di mana
masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan dan infrastruktur sekolah secara
terkawal dan membasmi budaya ponteng sekolah.Beliau juga amat peramah dan seorang yang mudah untuk didekati.Beliau juga merupakan bekas pengetua di SMK Seri Lipis.Kami warga SMK ORANG KAYA HAJI amat bertuah kerana mempunyai pengetua yang sangat lemah lembut budi pekertinya.
Selamat datang diucapkan kepada Mohamad bin Tn. Hj. Syed dari
pihak SMKOKH. Semoga kehadiran Tuan dapat menyemarakkan lagi nama SMKOKH di
persada negara!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan