AKTIVITI ANJURAN TM
Pihak TM telah mengadakan Kursus IT(SOCIAL NETWORKING) anjuran TM bertempat di SMK Orang Kaya Haji 27200 Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur.Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 3 hingga 5 Jun 2013.Program ini juga bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada 4:30.Program ini melibatkan 20 orang pelajar.Pelajar-pelajar ini berusia di antara 13-17 tahun.
Guru bimbingannya ialah Cik Syuhada Bt Zuklkiflie dan Pn.Nazarina Binti Hamzah.Mereka berdua sangat peramah dan pelajar yang menyertai program ini juga berasa selesa dengan kehadirannya yang bukan sahaja berkongsi cerita malah pengalaman juga turut dikongsikan bersama pelajar-pelajar di sini.Program ini bertujuan untuk menambah kenalan.Serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Cik Syuhada ataupun lebih dikenali dengan panggilan" Kak Syu" oleh pelajar-pelajar juga telah mendedahkan kami dengan Blog dan Tumblr.Blog juga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu blogspot dan wordpress.Blog juga boleh didapati secara percuma ataupun berbayar.Blog juga dapat menjana pendapatan dalam perniagaan secara online.Blog juga mengabungkan teks,imej dan pautan ke dalam blog,laman web,dan media yang berkaitan dengan topiknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan