Selasa, 4 Jun 2013

 
 
AKTIVITI ANJURAN TM
 
 
Pihak TM telah mengadakan Kursus IT(SOCIAL NETWORKING) anjuran TM bertempat di SMK Orang Kaya Haji 27200 Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur.Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 3 hingga 5 Jun 2013.Program ini juga bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada 4:30.Program ini melibatkan 20 orang pelajar.Pelajar-pelajar ini berusia di antara 13-17 tahun.
 
 
Guru bimbingannya ialah  Cik Syuhada Bt Zuklkiflie dan Pn.Nazarina Binti Hamzah.Mereka berdua sangat peramah dan pelajar yang menyertai program ini juga berasa selesa dengan kehadirannya yang bukan sahaja berkongsi cerita malah pengalaman juga turut dikongsikan bersama pelajar-pelajar  di sini.Program ini bertujuan untuk menambah kenalan.Serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

 
 
Cik Syuhada ataupun lebih dikenali dengan  panggilan" Kak Syu" oleh pelajar-pelajar juga telah mendedahkan kami dengan Blog dan Tumblr.Blog juga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu blogspot dan wordpress.Blog juga boleh didapati secara percuma ataupun berbayar.Blog juga dapat menjana pendapatan dalam perniagaan secara online.Blog juga mengabungkan teks,imej dan pautan ke dalam blog,laman web,dan media yang berkaitan dengan topiknya.


Kejohanan Sepak Takraw MSSD Lipis Bawah 18 2013

Assalamualaikum,
pada 7 Mac 2013 (Khamis), SMKOKH telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Kejohanan Sepak Takraw MSSD Lipis 2013 bawah 18 tahun. Sebanyak 12 sekolah seluruh Lipis telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini adalah untuk mencari wakil daerah Lipis untuk ke peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan.Ia juga dapat melatih pemain untuk lebih berdisiplin serta melahirkan amalan kesukanan dalam kalangan pemain.

SMKOKH telah menghantar dua kumpulan iaitu SMKOKH A dan SMKOKH B. Perlawanan yang dijalankan adalah secara kalah mati dengan lima pusingan bagi setiap perlawanan. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :-

Keputusan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Lipis Bawah 18 2013
- Tempat pertama : SMK Merapoh
- Tempat kedua : SMK Sungai Koyan B
- Tempat ketiga : SMK Sungai Koyan A
- Tempat keempat : SMK Panglima Garang Abdul Samad B

Sayang sekali kerana di pusingan saringan, kedua-dua pasukan SMKOKH bertarung dengan pasukan yang handal iaitu SMK Merapoh dan SMK Sungai Koyan B dengan kekalahan tipis.SMK Clifford juga turut bertanding untuk membawa kejohanan kepada sekolahnya.SMK Merapoh dan SMK Koyan yang terdiri daripada pelajar asli yang mempunyai ketangkasan dalam menyepak bola.SMK Orang Kaya Haji juga telah mengalahkan pihak lawannya dengan kelincakkan mereka mengawal bola.

Setiap pemain bakal menerima sijil penyertaan dan juga pingat. Kedua-dua hadiah telah disampaikan oleh Ayahanda SMKOKH, Tuan Syed Mohamed bin Syed Agil. Kejohanan tamat pada pukul 5.00 petang.

Meraikan Kedatangan Pengetua Baru di SMK Orang Kaya Haji

 
 
 
 
SEKOLAH MENENGAH KEBANSAAN
ORANG KAYA HAJI
27200 KUALA LIPIS PAHANG
DARUL MAKMUR
 
 
 
Assalamualaikum.
Pada 15 Januari 2013 telah berlangsungnya perhimpunan khas sempena kehadiran pengetua baru di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Haji iaitu Tn. Hj. Syed Mohamad Bin Syed Agil  adalah nama yang tidak asing lagi di mana-mana sekolah khususnya di daerah Lipis kerana beliau dikenali sebagai seorang yang sangat peramah dan mengambil berat akan kebajikan para pelajar, guru dan staf sokongan di bawah jagaan.Kehadiran beliau juga disambut dengan  meriah sekali.

Lebih selesa dengan panggilan Ayahanda oleh para pelajar, Tn. Hj. Syed Mohamad telah menyampaikan amanat awal beliau kepada para pelajar termasuklah untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang seronok untuk datang, dasar sekolah terbuka di mana masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan dan infrastruktur sekolah secara terkawal dan membasmi budaya ponteng sekolah.Beliau juga amat peramah dan seorang yang mudah untuk didekati.Beliau juga merupakan bekas pengetua di SMK Seri Lipis.Kami warga SMK ORANG KAYA HAJI amat bertuah kerana mempunyai pengetua yang sangat lemah lembut budi pekertinya.

Selamat datang diucapkan kepada Mohamad bin Tn. Hj. Syed  dari pihak SMKOKH. Semoga kehadiran Tuan dapat menyemarakkan lagi nama SMKOKH di persada negara!

Assalamualaikum,



                           My name is Rabiatul ilya BT Jarimi.This is my first blog.Today is Tuesday,04.06.2013.I'm really excited about my first blog.


                           I learn it from my new teacher.Her name is Syuhada Bt Zulkiflie.She teach me and my friends in SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis Pahang.I and my friends learn it on 3 to 5 june 2013.


                          I hope with this program i can improve my writing skill.I have to stop writing now.Cause I have a lot of thing to do.


 THANK YOU...